Tuesday, 17 April 2012

Aktiviti 6

ARAS : SINTESIS

Mitosis Tidak Terkawal !!
mesti ramai yang tak berapa ambil tahu sangat pasal penyakit ni.. tapi ia adalah kanser kedua atau ketiga terpenting.. jom baca yang seterusnya :-
tengok, sampai boleh jadi macam ni usus kita
kalau kita tak mula menjaganya.


Kanser usus atau barah usus (bowel cancer) merupakan kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh National Cancer Registry pada tahun 2003, kanser usus merupakan kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki, 14.2% dan merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia, 10.1% selepas kanser payudara (breast cancer) dan kanser pangkal rahim (cervix cancer). Oleh itu, kini pelbagai kajian sedang dilakukan oleh doktor-doktor perubatan di seluruh dunia dalam usaha mencari lebih informasi tentang penyakit ini.
Kebanyakan kanser usus bermula dari kelenjar-kelenjar yang terdapat pada permukaan usus besar (kolon dan rektum). Tiada satu penyebab utama dapat dikenalpasti yang boleh menyebabkan kanser usus. Kanser ini berkembang disebabkan gabungan beberapa faktor-faktor tertentu. Berdasarkan kajian, hampir kesemua kanser usus bermula dengan ketumbuhan (polyp) di dalam usus besar yang secara perlahan-lahan membesar dan menjadi kanser.
Risiko akan lebih tinggi kepada :-
  • Berusia (lebih daripada 60 tahun).
  • Berketurunan African American dan Timur Eropah.
  • Memakan banyak daging merah dan daging proses.
  • Menghidapi apa-apa jenis kanser.
  • Menghidapi ketumbuhan dalam usus (colorectal polyps).
  • Menghidapi penyakit inflamasi(radang) usus (Crohn’s disease atau Ulcerative colitis).
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  • Wanita yang menghidapi kanser payudara.
  • Menghidapi kencing manis (diabetes mellitus).
Penyakit-penyakit genetik seperti Familial adenomatous polyposis (FAP) danHereditary nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC), atau lebih dikenali sebagai Lynch syndrome juga telah dikenalpasti meningkatkan risiko kanser usus.
faktor-faktor pemakanan :-
  • kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • kurang memakan makanan berfiber
  • pemakanan daging merah secara berlebihan
  • Merokok
  • meminum minuman keras (alkohol) 

Tanda-tanda kanser usus :-
  • Sakit pada bahagian abdomen.
  • Darah di dalam tinja.
  • Perubahan pada tabiat membuang air besar iaitu sembelit atau cirit-birit.
  • Kehilangan berat badan.
  • Badan tidak bermaya.
Sekiranya anda memiliki gejala-gejala yang tersebut di atas, jangan ambil masa yang lama, segera berjumpa dengan doktor berhampiran anda. Statistik telah menunjukkan, sekiranya diagnosis atau pengesanan kanser usus ini dibuat lebih awal, ia boleh dirawat sepenuhnya.

3 comments:

Ganbatte Me said...

cikgu nak tanya..betukah aktiviti gay boleh menyebabkan kanser usus.sila jawab

Paan_Skywalker said...

berdasarkan sumber dari http://redzuan-ridz.blogspot.com/2012/03/tanda-tanda-awal-kanser.html , antara faktor utama kanser usus ni selalunya adalah faktor pemakanan, merokok, keturunan, alcoholic, dan beberapa faktor yg laen.. tp kalau homoseksual atau gay ni, tak prnh lg dgar aktiviti tu sbg punca. sekian

Ganbatte Me said...

haha..cikgu2 pun dgr2 khabar angin je...well bagus jawapan anda