Mitosis Tidak Terkawal !!
mesti ramai yang tak berapa ambil tahu sangat pasal penyakit ni.. tapi ia adalah kanser kedua atau ketiga terpenting.. jom baca yang seterusnya :-
![]() |
| tengok, sampai boleh jadi macam ni usus kita kalau kita tak mula menjaganya. |
Kanser usus atau barah usus (bowel cancer) merupakan kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh National Cancer Registry pada tahun 2003, kanser usus merupakan kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki, 14.2% dan merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia, 10.1% selepas kanser payudara (breast cancer) dan kanser pangkal rahim (cervix cancer). Oleh itu, kini pelbagai kajian sedang dilakukan oleh doktor-doktor perubatan di seluruh dunia dalam usaha mencari lebih informasi tentang penyakit ini.
Kebanyakan kanser usus bermula dari kelenjar-kelenjar yang terdapat pada permukaan usus besar (kolon dan rektum). Tiada satu penyebab utama dapat dikenalpasti yang boleh menyebabkan kanser usus. Kanser ini berkembang disebabkan gabungan beberapa faktor-faktor tertentu. Berdasarkan kajian, hampir kesemua kanser usus bermula dengan ketumbuhan (polyp) di dalam usus besar yang secara perlahan-lahan membesar dan menjadi kanser.
Risiko akan lebih tinggi kepada :-
Penyakit-penyakit genetik seperti Familial adenomatous polyposis (FAP) danHereditary nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC), atau lebih dikenali sebagai Lynch syndrome juga telah dikenalpasti meningkatkan risiko kanser usus.
faktor-faktor pemakanan :-
- kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan
- kurang memakan makanan berfiber
- pemakanan daging merah secara berlebihan
- Merokok
- meminum minuman keras (alkohol)
Tanda-tanda kanser usus :-
Sekiranya anda memiliki gejala-gejala yang tersebut di atas, jangan ambil masa yang lama, segera berjumpa dengan doktor berhampiran anda. Statistik telah menunjukkan, sekiranya diagnosis atau pengesanan kanser usus ini dibuat lebih awal, ia boleh dirawat sepenuhnya.

3 comments:
cikgu nak tanya..betukah aktiviti gay boleh menyebabkan kanser usus.sila jawab
berdasarkan sumber dari http://redzuan-ridz.blogspot.com/2012/03/tanda-tanda-awal-kanser.html , antara faktor utama kanser usus ni selalunya adalah faktor pemakanan, merokok, keturunan, alcoholic, dan beberapa faktor yg laen.. tp kalau homoseksual atau gay ni, tak prnh lg dgar aktiviti tu sbg punca. sekian
haha..cikgu2 pun dgr2 khabar angin je...well bagus jawapan anda
Post a Comment